Selamat Datang ke Blog Saya...

Selamat Datang ke Blog Saya...

JUMLAH PELAWAT

Friday 7 November 2014



Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat, Kuala Selangor mula dibuka dengan jumlah murid seramai 23 orang pada 10 Julai 1951. Upacara perasmiannya dilakukan oleh Tuan pegawai Daerah Kuala Selangor iaitu Encik D.A Borrie.
Guru Besar Ketika itu ialah Encik Mokhtar bin Hj. Dahlan yang juga merangkap guru darjah. Keadaan bangunan sekolah  ketika itu hanyalah sebuah bagsal berlantaikan  tanah merah yang terletak di tapak kantin SMK. Sultan Abdul Aziz. Murid pertama yang mendaftar ialah Encik Muhammad bin Abd. Rashid. Beliau sekarang telah bersara setelah menjawat jawatan sebagai Guru Besar SK. Pasangan dan sebelum itu Guru Besar SK. Jeram
Apabila jumlah murid meningkat kepada 130 orang, sebuah bangunan tambahan konkrit yang mengandungi empat buah bilik darjah telah dibina pada 29 Januari 1958. Pada ketika itu Guru Besar ialah Encik Mohd. Thani bin Lamsah. Bangunan sekolah asal telah  dirobohkan pada 15 Mei 1962. Murid-murid seterusnya belajar di Madrasah Pekan Kuala Selangor
Bangunan Sekolah baru telah mula digunakan dengan upacara menepung tawar dijalankan oleh Tuan Haji Mohd Yusoff iaitu Imam Masjid Kuala Selangor pada 10 Mac 1962. Jumlah murid pada masa itu ialah 170 orang dengan 7 orang guru. Bangunan tersebut dijadikan Pejabat Pendidikan Daerah sebelum berpindah ke bangunan baru iaitu bersebelahan Sekolah Kebangssan Tanjung Keramat
Berikutnya Encik Mohd. Ali bin Malim Kechik mula bertugas sebagai Guru Besar ketiga sekolah ini pada 1 Mac 1964. Bermula 11 jun 1969 Encik Zainuddin bin Abdullah menjadi Guru Besar keempat sekolah ini. Semasa berkhidmat beliau telah mencipta nama sekolah hingga terkenal kerana kumpulan angklungnya. pernah diberi penghargaan untuk membuat persembahan serta pernah membuat rakaman di RTM. Selain itu pasukan ini juga pernah membuat persembahan sempena Hari Ulangtahun Kemerdekaan di Kuala Lumpur. 

Pada 16 Januari 1997, Guru Besar yang kedua belas iaitu Pn. Faridah bt. Abdullah telah melapor diri di sekolah ini. Beliau adalah satu-satunya Guru Besar perempuan diantara 12 orang Guru Besar yang pernah bertugas di sini. Mulai tahun 2011 guru besar baru melapor iaitu En Nizamuddin b. Hj Zakaria sehingga Sept 2012 . Sehingga kini, Guru Besar yang kedua perempuan telah berkhidmat di SKTK Ialah Pn Zaini bt Khalid mulai  1 Ogos 2012 sehingga kini.


 



Thursday 30 October 2014

TUGAS GURU PEMULIHAN



SENARAI TUGAS GURU PEMULIHAN
1.       MENJALANKAN KERJA-KERJA PEMULIHAN UNTUK MURID-MURID LEMAH DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN ASAS 3M TERUTAMA MURID TAHAP 1.

2.       MERANCANG DAN MENYEDIAKAN AKTIVITI-AKTIVITI UNTUK PROGRAM PEMULIHAN.

3.       MENYEDIAKAN JADUAL WAKTU BAGI KELAS PEMULIHAN DI SEKOLAH BERDASARKAN JADUAL INDUK SEKOLAH.

4.       MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS PEMULIHAN TERHADAP MURID YANG TIDAK MELEPASI UJIAN SARINGAN YANG DIJALANKAN.

5.       MELAKSANAKAN PENILAIAN BERTERUSAN TERHADAP KEMAJUAN MURID KELAS PEMULIHAN DAN MEREKODKAN DI DALAM FAIL MURID.

6.       MENYEDIAKAN SURAT PANGGILAN MESYUARAT DAN MENCATAT MINIT MESYUARAT UNIT PEMULIHAN.

7.       MENGEMASKINI FAIL-FAIL UNIT PEMULIHAN DI SEKOLAH.

WAKTU PERSEDIAAN (WP)
*       MEMBUAT RUNDINGAN DENGAN IBU BAPA ATAU PENJAGA MURID BERHUBUNG PERKEMBANGAN MURID TERSEBUT.
*       MEMBUAT PERSEDIAAN MENGAJAR
*       MEMBUAT BAHAN BANTU MENGAJAR
*       MENYEDIAKAN BAHAN-BAHAN PENGAJARAN ATAU LEMBARAN KERJA MURID
*       MENGEMASKINI SUDUT-SUDUT PAMERAN DI DALAM KELAS
*       MENGEMASKINI FAIL-FAIL UNIT PEMULIHAN
*       MENGADAKAN PERBINCANGAN DENGAN GURU KELAS ATAU GURU BESAR UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI MURID PEMULIHAN
*       MENGADAKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING KEPADA MURID

CARTA ALIR PROGRAM PEMULIHAN


SELAMAT DATANG



Selamat Datang ke Pemulihan....


KONSEP
Program pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang berasingan untuk mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan dalam pembelajaran di kelas biasa khususnya dalam menguasai kemahiran asas 3M.

MATLAMAT
Membantu murid menguasai kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.

OBJEKTIF
Setelah murid melalui pembelajaran di kelas permata harapan, diharapkan murid dapat
1.       Menguasai kemahiran asas 3M
2.       Meneruskan pembelajaran di kelas biasa
3.       Menambahkan sikap keyakinan diri
4.       Membentuk sikap positif dan berdikari dalam pembelajaran.